Jumaat, 25 Mei 2012

SAMBUTAN HARI GURU

Assalamualaikum & Salam Mesra

Alhamdulillah, tahun ini Sambutan Hari Guru SK. Pekan Satu telah diadakan pada 25hb MEI 2012. Pelbagai aktiviti telah dirancang antaranya pertukaran hadiah sesama guru, perlawanan bola jaring, bola tampar dan juga ucapan khas sempena hari guru. 

"Selamat Hari Guru"

dengan tema

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"





Rabu, 16 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU


Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,

Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,

Jika hari ini seorang ulama yang mulia,

Jika hari ini seorang peguam menang bicara,

Jika hari ini seorang penulis terkemuka,

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,

Sejarahnya dimulakan dengan seorang guru biasa,

dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

- Usman Awang (1979)