Isnin, 31 Ogos 2015

Salam Kemerdekaan ke - 58

Assalamualaikum 
&
Salam Sehati Sejiwa

Alhamdulillah...Malaysia sudah genap 58 tahun merdeka. Semoga Malaysia tetap aman dan sejahtera.


Rabu, 17 Jun 2015

Salam Ramadhan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah bertemu kembali bulan yang penuh berkat. Marilah tingkatkan amal sepanjang bulan ramadhan ini. Semoga segala amalan baik diterima oleh Allah swt. Selamat berpuasa buat semua umat Islam di dunia. Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan.


Jumaat, 29 Mei 2015

Sambutan Ulang Tahun :: Jan - Jun :: PPKI

Assalamualaikum wbt & Salam Penuh Keceriaan

Alhamdulillah. PPKI SK Pekan satu berjaya menganjurkan Sambutan Ulang Tahun yang lahir pada bulan Januari - Jun pada tahun 2015. Sambutan penuh dengan keceriaan dan kemeriahan. Semoga diberikan kesihatan yang baik berpanjangan & dimurahkan rezeki yang halal...aamiin.









Rabu, 28 Januari 2015

Carta Induk PPKI SKPS

Assalamualaikum & Salam Mesra

Di sini disertakan Carta Induk PPKI SK Pekan Satu untuk makluman semua rakan guru dan PPM. Semoga kita menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan mampu memberikan komitmen sebaiknya.

::THE STRUGGLE YOU'RE IN TODAY IS DEVELOPING THE STRENGTH YOU NEED FOR TOMORROW:: DailyQuotes.Co


Khamis, 22 Januari 2015

Mesyuarat PPKI :: Bil. 1


Assalamualaikum & Salam Ukhwah 

Mesyuarat Pengurusan PPKI SK Pekan Satu || Bil. 1

Tarikh : 22 Januari 2015
Tempat :  Bilik Penataran
Masa : 01.00 - 03.00 pm

Alhamdulillah. Mesyuarat Pengurusan PPKI buat kali pertama pada tahun ini berlangsung dengan jayanya.  Pelbagai isu diutarakan dan dirungkaikan yang pada akhirnya mencapai kata sepakat untuk diselesaikan.  Terima kasih buat semua yang terlibat.

::Ladies & gentlemen, please buckle up & enjoy the ride:: by En. Shawal || PK Pend.Khas



Isnin, 12 Januari 2015

Hari Pertama Persekolahan 2015

Assalamulaikum & Salam Mesra 2015

Alhamdulillah...Persekolahan sesi 2015 bermula pada 12 Januari setelah ditangguhkan seminggu akibat bencana banjir yang melanda Pantai Timur Malaysia.  Hari pertama persekolahan merakamkan pelbagai aksi & reaksi dalam kalangan guru, murid dan ibu bapa. Semoga hari-hari seterusnya dilalui dengan penuh keindahan dan kegembiraan. 


Pn. Aida sedang memujuk seorang murid yang menangis pada hari pertama persekolahan.

Perhimpunan rasmi sekolah.


P&P berlangsung seperti yang dijadualkan.

Menerima kehadiran guru baharu Pn Farmawaheda Zulkifli.  Selamat datang & selamat bertugas.

Ahad, 11 Januari 2015

Counting Hours



|| A negative mind will never give you a positive life ||
Bersemangatlah  
|| Better things are coming || 
Percayalah




Ahad, 4 Januari 2015

Pendaftaran Sekolah 2015



Lembaran baru bagi semua warga sekolah.

04.01.2015 || Pendaftaran murid Ppki Sk Pekan Satu berjaya dilaksanakan.
12.01.2015 || Bersua kita kembali secara langsung.