Jumaat, 17 Oktober 2014

Sukan Sekolah || Acara Padang

Tahniah & syabas untuk atlit PPKI SK Pekan Satu yang berjaya memenangi acara Lompat Jauh & Lontar Peluru dalam Kejohanan Sukan Sekolah kali ke 60. Terima kasih juga buat tunjang PPKI (GB, PK, Guru & PPM) dalam mengendalikan acara ini dengan begitu lancar. 

Majulah Sukan Untuk Negara.













Khamis, 16 Oktober 2014

Keratan Akhbar | KBS 2014

Alhamdulillah. PPKI SK Pekan Satu akhirnya berjaya menganjurkan Program Kem Bestari Solat dengan jayanya.  Terima kasih kepada Pn Mistrine Radin, Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan di atas kesudian hadir & seterusnya merasmikan majlis.  Tidak lupa juga kepada Guru Besar SK Pekan Satu En. Jaafar Matusin serta Penolong Kanan Pendidikan Khas SKPS En. Shawal Abdul Rahman. Terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung mahu pun tidak terutamanya Urusetia Kem Bestari Solat PPKI 2014. Anda memang hebat. Syabas & tahniah.

Terima kasih buat rakan media yang sudi membuat liputan. Terbaik!!!





Rabu, 15 Oktober 2014

KEM BESTARI SOLAT PADAT PENGISIAN

Program Kem Bestari Solat Pendidikan Khas Peringkat Negeri WP Labuan merupakan program tahunan Pendidikan Khas dan tahun ini merupakan tahun yang kedua diadakan bagi peringkat WP Labuan. Seramai 55 orang murid menyertai program ini melibatkan 4 buah sekolah rendah Program Pendidikan Khas Integrasi iaitu SK Pekan Satu, SK Pantai, SK Rancha-Rancha dan juga SK Bukit Kalam.  Program ini berlangsung selama 2 hari bermula semalam 14hb dan berakhir pada hari ini 15hb. Program ini menekankan tentang pengambilan wudhuk & cara solat yang betul. Program ini juga melibatkan fasilitator yang terdiri daripada ustaz & ustazah aliran perdana.





Dirasmikan oleh Yang Berbahagia Puan Mistirine Radin, Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan




Khamis, 28 Ogos 2014

Selamat Hari Kebangsaan ke 57

Malaysiaku Merdeka

Malaysia...Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.




Lebih banyak gambar di FB PPKI SK Pekan Satu

Semangat merdeka 
Kami bersatu hati
Berkongsi minda
Mengembleng tenaga
Berusaha bergabung bersama bagi membuktikan
Malaysia...Di sini Lahirnya Sebuah Cinta 

Rabu, 16 Julai 2014

Salam Sesuci Lebaran




Kata Imam Al-Ghazali : 
Yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL SOLEH,
yang indah itu SALING MEMAAFKAN.

| | Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin ||
Daripada kami warga Ppki Sk Pekan Satu 
sentiasa di hati 
kasih suci ikhlas dari sanubari
moga amal ibadah kita di bulan baraqah ini
diterima dan diberkati
sebagai bekalan di akhirat nanti.

Selasa, 20 Mei 2014

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT WP LABUAN

Sambutan Hari Guru Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2014 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 24 Mei 2014 (Sabtu)

Masa : 08.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Tempat : Dewan konvensyen, Kompleks Ujana Kewangan Labuan

Pakaian : Rasmi / Batik.

Semua guru diwajibkan hadir.

Isnin, 19 Mei 2014

MTAQ PENDIDIKAN KHAS

Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2014 akan berlangsung di SMK Lajau pada 20 Mei 2014 (Selasa). Perjalanan majlis adalah seperti tentatif di bawah.

08.00 pagi   :   Pendaftaran peserta

08.45 pagi   :   Saringan Tilawah
                          - BP Lelaki / Perempuan Rendah

                          - BP Lelaki / Perempuan Menengah

                       Saringan Hafazan
                       - BP Lelaki / Perempuan Rendah
                       - BP Lelaki / Perempuan Menengah

                      Pertandingan Bercerita Kisah daripada Al-Quran
                      - BP Lelaki / Perempuan Rendah
                      - BP Lelaki / Perempuan Menengah

                     Saringan Azan
                     - BP Lelaki Rendah
                     - BP Lelaki Menengah

                     Saringan Khat
                     - BD Lelaki / Perempuan Menengah

10.00 pagi   :   Minum Pagi

10.30 pagi   :   Saringan MTAQ disambung semula

11.30 pagi   :   Persediaan Majlis Penutupan

12.00 tengah hari   :   Majlis penutupan dan Penyampaian Hadiah 
                                     Ketibaan Tetamu Kehormat
                                     Persembahan Tilawah Al - Quran
                                     Ucapan Tetamu Kehormat
                                     Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Hakim
                                     Penyampaian Hadiah dan Sijil Peserta 

01.00 petang   :    Makan Tengah Hari
                              Majlis dijangka selesai
                                              

Ahad, 18 Mei 2014

SELAMAT BERTANDING

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
PENDIDIKAN KHAS
PERINGKAT KEBANGSAAN
1 MALAYSIA KALI KE-14
TAHUN 2014

TARIKH : 18 - 22 MEI 2014

TEMPAT : STADIUM DARULAMAN, ALOR SETAR KEDAH.



Selamat bertanding & berjuang buat kontinjen PPKI WP Labuan. 
Semoga dipermudahkan urusan & beroleh kejayaan.
Doa kami sentiasa mengiringi kalian.

Jumaat, 25 April 2014

SERBA BAHARU

| A leader is one who sees more than others see, who sees farther than others see, and who sees before others see. |
Pemimpin adalah mereka yang mampu melihat lebih banyak dari orang lain, 
yang mampu melihat lebih jauh daripada orang lain, 
serta mampu melihat segala sesuatu sebelum orang lain.
~Leroy Eimes~



Sabtu, 19 April 2014

KEJOHANAN MSSWPL 2014 (PENDIDIKAN KHAS)

Merah membara semangat menyala
Kami bersama berkongsi rasa
Walau bukan juara
Tapi kami tetap ceria
Go go go PPKI SKPS

Terima kasih kepada semua guru,ppm, ibu bapa dan murid yang bersama2 memberikan komitmen serta kerjasama bagi menjayakan Kejohanan MSSWPL 2014 (Pendidikan Khas).
Terima kasih diucapkan kepada pihak pengelola & penganjur yang memberikan ruang untuk anak2 istimewa ini turut beraksi bersama di balapan.
Terima kasih daun keladi
Tahun depan jumpa lagi:)







Lebih banyak gambar di Facebook PPKI SK Pekan Satu

Jumaat, 18 April 2014

PPKI Ceria

Keterujaan menghias setiap sudut di PPKI SK Pekan Satu. 
Akhirnya kami berwajah baharu. Yeaaahhhhhh ^_^
Inilah kreativiti & kerjasama antara guru dan PPM. 
Terima kasih semua. Awesome!