Jumaat, 17 Oktober 2014

Sukan Sekolah || Acara Padang

Tahniah & syabas untuk atlit PPKI SK Pekan Satu yang berjaya memenangi acara Lompat Jauh & Lontar Peluru dalam Kejohanan Sukan Sekolah kali ke 60. Terima kasih juga buat tunjang PPKI (GB, PK, Guru & PPM) dalam mengendalikan acara ini dengan begitu lancar. 

Majulah Sukan Untuk Negara.













Khamis, 16 Oktober 2014

Keratan Akhbar | KBS 2014

Alhamdulillah. PPKI SK Pekan Satu akhirnya berjaya menganjurkan Program Kem Bestari Solat dengan jayanya.  Terima kasih kepada Pn Mistrine Radin, Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan di atas kesudian hadir & seterusnya merasmikan majlis.  Tidak lupa juga kepada Guru Besar SK Pekan Satu En. Jaafar Matusin serta Penolong Kanan Pendidikan Khas SKPS En. Shawal Abdul Rahman. Terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung mahu pun tidak terutamanya Urusetia Kem Bestari Solat PPKI 2014. Anda memang hebat. Syabas & tahniah.

Terima kasih buat rakan media yang sudi membuat liputan. Terbaik!!!





Rabu, 15 Oktober 2014

KEM BESTARI SOLAT PADAT PENGISIAN

Program Kem Bestari Solat Pendidikan Khas Peringkat Negeri WP Labuan merupakan program tahunan Pendidikan Khas dan tahun ini merupakan tahun yang kedua diadakan bagi peringkat WP Labuan. Seramai 55 orang murid menyertai program ini melibatkan 4 buah sekolah rendah Program Pendidikan Khas Integrasi iaitu SK Pekan Satu, SK Pantai, SK Rancha-Rancha dan juga SK Bukit Kalam.  Program ini berlangsung selama 2 hari bermula semalam 14hb dan berakhir pada hari ini 15hb. Program ini menekankan tentang pengambilan wudhuk & cara solat yang betul. Program ini juga melibatkan fasilitator yang terdiri daripada ustaz & ustazah aliran perdana.





Dirasmikan oleh Yang Berbahagia Puan Mistirine Radin, Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan