Rabu, 15 Oktober 2014

KEM BESTARI SOLAT PADAT PENGISIAN

Program Kem Bestari Solat Pendidikan Khas Peringkat Negeri WP Labuan merupakan program tahunan Pendidikan Khas dan tahun ini merupakan tahun yang kedua diadakan bagi peringkat WP Labuan. Seramai 55 orang murid menyertai program ini melibatkan 4 buah sekolah rendah Program Pendidikan Khas Integrasi iaitu SK Pekan Satu, SK Pantai, SK Rancha-Rancha dan juga SK Bukit Kalam.  Program ini berlangsung selama 2 hari bermula semalam 14hb dan berakhir pada hari ini 15hb. Program ini menekankan tentang pengambilan wudhuk & cara solat yang betul. Program ini juga melibatkan fasilitator yang terdiri daripada ustaz & ustazah aliran perdana.





Dirasmikan oleh Yang Berbahagia Puan Mistirine Radin, Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan